Sunday 18 December 2011

Technology in Malaysia - improving education and the economy


Masyarakat Malaysia di abad ke - 21 merupakan masyarakat yang hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Masyarakat sangat bergantung kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan, dan pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting dalam amalan hidup seharian. Penggerak utama kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya menerusi teknologi maklumat dan komunikasi atau information technology and communication (ICT). Oleh kerana kuatnya pergantungan kepada teknologi maklumat itu, maka abad ke - 21, dicirikan sebagai abad teknologi maklumat dan komunikasi.

            Masyarakat Malaysia terutama belia-belia telah tersedia menghadapi era ICT dan yakin akan penggunaannya sebagai alat komunikasi dan ilmu pengetahuan yang boleh membawa kepada pembaharuan dan pembinaan tamadun ilmu, budaya ICT belum merentasi semua golongan masyarakat. Jurang digital berasaskan status sosio-ekonomi dan lokasi bandar dan luar bandar masih ketara berlaku.

Masyarakat bandar lebih maju dan lebih terdedah kepada penggunaan dan kaedah ICT ini. Rata-rata boleh dirumuskan bahawa di sekolah dan di institusi pengajian tinggi, budaya literasi maklumat masih belum menular walaupun proses mengajar dan belajar menggunakan komputer telah bertapak. Penguasaan pelajar lebih ditahap literasi komputer;  penggunaan komputer untuk mencapai, mengedarkan juga untuk menjadi perantara ilmu secara global masih terbatas. Justeru itu penguasaan literasi maklumat perlu ditingkatkan segera untuk membolehkan belia-belia Melayu memainkan peranan penting dalam era globalisasi.

            Dari segi pengajaran dan pembelajaran para pelajar terutamanaya akan lebih berminat dalam aktiviti di sekolah. Secara tidak langsung pelajar akan menanamkan minat yang mendalam untuk hadir ke sekolah. Selain itu, ia memberikan pengalaman yang menyeronokkan dalam pembelajaran di sekolah.

            Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan sektor-sektor lain akan dibangunkan dengan lebih lanjut di bawah IMP3, 2006-2020, yang mana ianya akan ditukarkan kepada pemboleh strategik untuk menyokong dan menyumbang secara terus kepada pertumbuhan ekonomi. Sektor ICT dan sektor-sektor lain yang terlibat adalah bioteknologi, perkhidmatan
perkongsian dan penyumber luaran, pembangunan kandungan digital, bioinformatik, e-dagang, perkhidmatan dan aplikasi, nanoteknologi, pengenalpastian frekuensi radio, teknologi tanpa wayar, sistem mikroelektro mekanikal, fotonikdanrobotic.

            Kajian Pertubuhan Data Antarabangsa (IDC) menunjukkan bahawa bagaimana pasaran perkhidmatan ICT di Malaysia dipengaruhi oleh ekonomi U.S. yang perlahan dan lain-lain aktiviti seluruh negara. Kemunculan Malaysia sebagai hub IT di wilayah Asia / Pasifik telah menyumbang sentiment positif kepada industri ICT. Pada 2008, keseluruhan pasaran perkhidmatan IT dijangka akan meningkat padapada 12.14%. “Pertumbuhan dalam pasaran perkhidmatan digerakkan oleh trenteknologi yang terbaru dan penyelesaiannya. Secara keseluruhan, pasaran memandang perkhidmatan IT semakin meningkat dengan inisiatif kerajaan yang berterusan dan perkembangan sektor swasta kearah penggunaan  ICT,” kata Peter Hee, penganali sapasaran, Penyelidikan IT, IDC Malaysia.
           
Kerajaan Malaysia pada 1996, telah banyak melabur dalam membina Multimedia Super Koridor (MSC) untuk menarik pelabur domestik dan asing dalam industri ICT. MSC sekarang ini bertindak sebagai tulang belakang kepada infrastruktur ICT negara dan ianya disokong oleh penghubung berkelajuan tinggi yang menghubungkannya ke Jepun,
negara Asia, USA dan Eropah.

            Dalam konteks teknologi di Malaysia, pembanagunan sektor ekonomi sangat berkaitrapat dengan pembangunan teknologi. Melalui pembangunan teknologi semua urusan berkenaan pasaran, banking, maklumat ekonomi dan sebagainya dengan mudah dapat mengakses maklumat di hujungjari.

            Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa pembangunan teknologi di Malaysia banyak menyumbang kepada keperluan terutamanya sektor pendidikan dan ekonomi. Kerancakkan pendidikan dan ekonomi pada masakini banyak bergantung kepada pembangunan teknologi yang merentasi sempadan globalisasi.  Bagaimanapun generasi akan datang perlu lebih didedahkan kepada arus teknologi agar masa depan negara dapat dijamin akan terus menjana dunia global yang maju dari aspek sains dan teknologi.

No comments:

Post a Comment